MoreLexs Pictures ditunjangi oleh sepasang suami isteri yang bergerak aktif di sekitar Negeri Melaka. Mereka ialah Saudara Ismail Said dan Pn. Norsuhada.
Kenapa MoreLexs? Morelexs ialah singkatan kepada bahasa melayu iaitu 'molek' yang bermaksud cantik dan ditambahkan dengan cara menyebutnya yang agak unik sesuai dengan kecantikan gambar yang dihasilkan oleh Morelex Picture yang sememangnya unik.
Bermula dengan sebagai hobi mengambil gambar beberapa tahun yang lalu, Ismail yang berkelulusan Kejuruteraan Aeroangkasa daripada UPM telah membuktikan yang bidang photografi adalah amat menarik dan mempunyai potensi untuk berkembang disamping tugasan harian sebagai seorang Penolong Pengurus di sebuah syarikat Pembuatan Komposit di Melaka.
Aktiviti Morelexs Pictures adalah di sekitar Negeri Melaka, Negeri Sembilan, Johor, dan Kuala Lumpur. Berkonsepkan 'Semua Orang Mampu Mempunyai Gambar Yang Unik', Morelexs Pictures menawarkan pakej-pakej gambar yang menarik dengan harga yang berpatutan.
Sememangnya kepuasan pelanggan adalah menjadi keutamaan Morelexs Pictures dan kemahiran mengambil gambar dengan menggunakan teknologi yang terkini di samping kemampuan editing yang bagus, membuatkan Morelexs Pictures menjadi pilihan ramai.
Anda mahukan gambar yang cantik lagi unik?
Cepat hubungi kami!
Latarbelakang MoreLEXS Pictures
2009 - MorelexsPictures Dot Com - All Rights Reserved